Tuesday 29 July 2008

Fakta Kadayan-Brunei

Ketika aku sedang melayari internet, aku terbaca lah artikel ini di laman web Malaysiana 1 .


Kedayan Trivia

The Kedayan people and the Brunei people are two sides of a similar coin.

Kedayan is also spelt Kadayan and Brunei is also spelt Berunai.

Berunai refers to the tribe while Brunei refers to the country.

The Berunai traditionally live in water villages close to estuaries while the Kadayan traditionally live in the interior.

Nevertheless, the former originated from the latter. Legend has it that the younger brother of the first Kadayan king became the first king of the Berunai, later known as the Sultan of Brunei.

In 1907, Berunai formed 48pc of Brunei’s population and Kadayan formed 28pc.

Today, 29pc of Brunei’s population is Berunai and 19pc is Kadayan.

Kadayan and Berunai have always intermarried.

The Bisaya people of Brunei who are also found in Lawas, Sarawak as well as Sipitang, Beaufort and Kuala Penyu in Sabah are not Kadayan or Berunai but KadazanDusuns. The Bisaya (Beautiful People) form 11pc of Brunei’s population.

The Banjarese people of Banjarmasin in Indonesian Borneo are Kadayans. They are the largest tribe in Indonesian Borneo any day.

The Kadayans are the creators of the famous rice cake called Kelupis which is a delicacy in Sarawak.

About 80pc of Sabah’s Kadayans have kin in Brunei.

The Kadayans share a common musical instrument with the KadazanDusuns - the traditional bamboo and gourd trumpet called the Sompoton or Dukut.

Kadayans have settled in George Town, Penang long before the arrival of the British. One of the first Kadayans to settle in Penang was a prince named Pengiran Mat Salleh.

The prince and his followers founded the villages of Rawa, Melintang, Jelutong and Sungai Pinang in George Town.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi is descended from the Kadayan prince Pengiran Mat Salleh through his late mother Datuk Kailan Hassan.

The Sarawak Berunai (also called Sarawak Malay) community in Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Serian, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Betong and Saratok is of Kadayan origin.


Ulasan Ku :

-Pasal Banjar tu kadayan, aku tak pasti pula. Tapi yang aku tau ada beberapa persamaan antara dialek Melayu Kedayan dan Dialek Melayu Banjar.

-Aku memang pernah terbaca artikel yang mengatakan Datuk Kailan (ibu Pak Lah) adalah keturunan Kedayan yang berhijrah ke Pulau Pinang.

-Kelupis memang sedap..makanan tradisi Kadayan-Brunei..biasanya dihidangkan waktu hari raya dan dimakan dengan kari ayam/daging..tak sabar nak tunggu raya...

-Kadayan dan Brunei memang selalu kahwin campur dalam kalangan mereka (intermarried) terutama di Labuan. Kebanyakan generasi muda di Labuan adalah hasil percampuran darah antara Kadayan dan Brunei (termasuk penulis) sehingga melahirkan suatu dialek campuran Kedayan dan Brunei di Labuan (Dialek Melayu Labuan).

-Pada pendapatku, adalah kurang tepat untuk memanggil Melayu Sarawak sebagai Brunei Sarawak kerana orang Melayu Sarawak sendiripun tak memanggil diri mereka sebagai Brunei. Lagipun dialek Sarawak berbeza dengan dialek Brunei-Kadayan (hampir tidak difahami oleh orang Brunei-kadayan).

Friday 25 July 2008

Perjanjian Labuan 1984

Ucapan Perdana Menteri Sempena Upacara Menandatangani Perjanjian Labuan 1984


Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmat serta hidayatNya ke atas kita semua sempena peristiwa bersejarah yang berlangsung pada pagi ini.

2. Upacara menandatangani Perjanjian Labuan telahpun disempurnakan oleh saya dengan Y.A.B. Ketua Menteri Sabah, dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Sabah bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah.

3. Kelahiran Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini membawa erti yang amat besar bukan sahaja bagi kita semua tetapi juga bagi generasi yang akan datang. Ia mempunyai erti yang besar kepada kita semua oleh kerana ia merupakan satu lagi kejayaan yang boleh kita banggakan dalam perkembangan dan kemajuan negara ini sejak tertubuhnya Malaysia dahulu.

4. Sememangnya menjadi hasrat kita semua untuk menjalin dan mengeratkan lagi kemesraan sesama kita di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak. Walaupun kita terpisah agak jauh oleh Laut Cina Selatan, tetapi ini tidak seharusnya menjadi sebab mengapa kita terasa berbeza atau terasing di antara satu sama lain. Memang ada jalan untuk meluputkan perasaan itu dari sanubari kita sekiranya kita berusaha mencarinya.

5. Saya yakin pewujudan Wilayah Persekutuan Labuan adalah merupakan satu usaha yang positif dan konkrit ke arah mencapai matlamat integrasi dan perpaduan negara yang kita semua harapkan. Saya berdoa ke hadrat Ilahi supaya kita semua -- baik di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak -- akan sentiasa berdiri teguh, sehati dan sejiwa sebagai rakyat Malaysia. Kita tidak seharusnya terlalu sensitif dan mudah tersinggung. Inilah yang menjadi harapan dan impian kita semua yang ikhlas bagi negara ini, agar pada satu hari nanti, perasaan perbezaan dari segi perkauman, bangsa, agama dan kenegerian atau kewilayahan yang berunsur negatif akan lenyap dari bumi Malaysia, negara yang kita kasihi ini.

6. Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah yang telah bersetuju menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sesungguhnya ini adalah satu pengorbanan yang amat besar di pihak Kerajaan Negeri Sabah yang telah mengenepikan kepentingan sendiri demi untuk kemajuan dan kesejahteraan negara dan rakyat. Semangat pengorbanan ini sudah menular dan tidak lama lagi Pahang pula akan menandatangani perjanjian yang sama.

7. Kepada rakyat Malaysia yang tinggal di Pulau ini, saya suka memberi jaminan bahawa hak keistimewaan mereka tidak sedikitpun akan berubah atau terjejas dengan berubahnya kedudukan Labuan menjadi Wilayah Persekutuan. Kehidupan mereka dan begitu juga pentadbiran dan aktiviti-aktiviti harian di Labuan akan terus berjalan seperti biasa berasaskan kepada undang-undang yang sedia wujud di Pulau ini. Untuk maksud ini Kerajaan telah membuat tawaran penyerapan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri Sabah yang berkhidmat di Pulau Labuan agar mereka dapat terus menyumbangkan khidmat mereka di Labuan, yang kini menjadi Wilayah Persekutuan. Perkhidmatan mereka adalah perlu bagi membantu menjayakan rancangan-rancangan pembangunan yang diatur oleh Kerajaan untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

8. Rakyat Malaysia di Labuan juga tidak seharusnya berasa bimbang yang mereka akan kehilangan wakil di Parlimen. Ulangkaji persempadanan kawasan pilihanraya yang sedang dijalankan pada masa ini akan memperuntukkan satu bahagian pilihanraya Parlimen diwujudkan untuk Wilayah Persekutuan Labuan, tanpa menjejaskan jumlah bilangan bahagian pilihanraya Parlimen Sabah sekarang. Ulangkaji tersebut juga akan membuat peruntukan supaya bilangan bahagian-bahagian pilihanraya Negeri Sabah akan tetap sama bilangannya seperti sekarang ini.

9. Sememangnya menjadi salah satu matlamat Kerajaan Persekutuan untuk berusaha memajukan Labuan sebagai satu pusat pentadbiran dan pertumbuhan yang dinamik. Bersesuaian dengan matlamat ini, Kerajaan akan terus memperkukuh dan memperkembangkan Pulau ini bukan sahaja sebagai sebuah pusat pelancungan yang benar-benar menarik, tetapi juga sebagai sebuah pusat 'entrepot' yang penting di ASEAN, sesuai dengan kedudukannya sekarang sebagai sebuah pelabuhan bebas cukai. Usaha ini dijangka akan menggerakkan lagi pertumbuhan pelbagai aktiviti ekonomi yang akan menambahkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan di Labuan. Semuanya ini adalah dalam rancangan Kerajaan Persekutuan yang akan berusaha untuk mencorak dan memesatkan lagi pembangunan Pulau ini agar ia menjadi daya penggerak kepada pembangunan di rantau ini. Hasil dari semua usaha ini sudah tentu akan mendatangkan faedah yang besar kepada rakyat Malaysia di rantau ini, khasnya yang berada di Labuan sendiri, serta di Sabah dan juga di Sarawak.

10. Saya mempunyai penuh keyakinan dengan penubuhan Wilayah Persekutuan ini. Labuan akan terus maju dan makmur, menjadi lambang perpaduan di antara rakyat Malaysia di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak bagi mencerminkan kemajuan bangsa dan negara Malaysia yang setanding dengan negara-negara lain yang maju di dunia ini.

11. Saya berdoa mudah-mudahan Allah Subhanahu Waatala akan memberkati segala usaha kita dan memberikan perlindungan serta taufik dan hidayatNya kepada kita semua pada setiap masa.

12. Dengan ini, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan iaitu mulai dari hari ini, 16 haribulan April 1984, bersamaan dengan 14 haribulan Rejab Tahun Hijrah 1404, Wilayah Persekutuan Labuan ditubuhkan.

13. Semoga Wilayah Persekutuan Labuan ini berkekalan sebagai simbol perpaduan, keamanan dan kemakmuran bagi rakyat Malaysia untuk selama-lamanya.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia.

Sunday 20 July 2008

UiTM Sabah : Bilik Bacaan 1

Masih mengenai UiTM Sabah, walaupun hanya 1 semester sahaja berada di sana, tapi banyak pengalaman berharga yang aku perolehi. Banyak juga masalah (ataupun lebih tepat lagi cabaran) yang membuatkan aku berfikir panjang.

Aku kah yang salah, mereka atau sistem? Aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk pengajian ku, dan mereka juga ku rasa cuba melakukan yang terbaik atas nama tugas dan tanggungjawab yang mereka pikul.

Peristiwa ni aku namakan Peristiwa Bilik Bacaan...hehe..memang aneh sedikit la bunyinya...

Begini jalan ceritanya.. aku time di Shah Alam sewaktu pengajian Asasi dulu memang pengunjung setia bilik bacaan (study room) di Kolej Perindu. Sebab bagiku bilik bacaan yang lengkap dengan meja dan kerusi serta suasana yang kondusif seperti itu memudahkan aku belajar.

Setelah berpindah ke UiTM Sabah, aku dapati di kolej kediaman tidak disediakan bilik khas untuk belajar (yang ku panggil bilik bacaan). Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Penolong Pengurus Kolej.

Atas sebab itulah, maka aku meminta kebenaran pihak kolej untuk belajar di bilik kuliah yang terdapat di tingkat bawah blok Cluster B. Penolong Pengurus pun memberi kebenaran secara lisan kepada ku.
Maka aku pun selalu lah berkunjung ke bilik itu pada waktu malam untuk mengulangkaji pelajaran.

Tiba-tiba pada suatu malam, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, datang lah 2 orang pengawal keselamatan (guard) ke bilik itu. Mereka bertanya apa yang ku buat di bilik tersebut lewat malam begini.

"Belajar", jawabku.

"Kamu tau ka ni sudah pukul berapa?" tanya pak cik guard.

"Kenapa pak cik?" tanya ku, sopan.

"Ni sudah masuk silence hour ni. Mesti masuk bilik. Mana boleh kamu berada di sini" kata guard tu.

"Tapi saya dapat kebenaran dari unit kolej pak cik" jawab ku.

"Ada surat?" tanya nya.

"Tiada. Tapi memang Penolong Pengurus sendiri yang bagi kebenaran pada saya." kata ku membela diri.

"Arahan yang kami terima, semua pelajar mesti berada di bilik selepas pukul 11 malam" kata mereka lagi dengan tegas tetapi tidak kasar.

Kerana tidak ingin bertengkar dengan guard, maka aku pun balik la ke bilik dengan rasa tidak puas hati.

Keesokan harinya, aku pun berjumpa dengan Penolong Pengurus mengenai hal ini. Namun jawapan yang ku terima amat menghampakan hati dan jiwa.

"Memang, selepas silence hour, pelajar mesti berada di bilik masing-masing. " kata beliau sekaligus menyokong dakwaan pak cik guard. Aku pun keluar dari bilik beliau dengan rasa yang tidak terungkap. Ku sangka dia akan memberi kebenaran kepadaku untuk terus belajar di bilik bacaan walaupun ketika silence hour. Tapi sangkaan ku meleset.

Maka hairanlah diriku...kenapa sewaktu aku belajar di UiTM Shah Alam dulu perkara seperti ini tidak berlaku? sewaktu di kolej Perindu para pelajar boleh belajar di bilik bacaan selama mana yang mereka mahu dan pada bila-bila masa jua pun. Tiada pula istilah silence hour.

Bagi ku tindakan pihak-pihak yang berkuasa ini umpama menghalang pelajar yang ingin belajar. Aku kira mereka faham kadang-kadang suasana bilik tidur tidak sesuai untuk pembelajaran yang efektif. Maka, kenapa tidak boleh bertolak ansur? Kat dalam bilik bacaan tu pun kami belajar. Bukan buat perkara yang tak elok.

Mereka behujah bahawasanya dalam Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib)1976 atau lebih popular sebagai Akta 174 ada disebut mengenai larangan ini.

Memang benar, tidak aku nafikan bahawasanya di bawah Kaedah 27 Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1976 ada suatu peruntukkan yang berbunyi:

" Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar asrama selepas pukul 11.00 malam kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak warden".

Bagi ku, peruntukkan undang-undang itu jelas lagi nyata. Perkataan yang disebut dalam Kaedah 27 itu adalah asrama bukan bilik. Maka bilik bacaan itu juga merupakan sebahagian daripada asrama. Pada pendapatku, pihak pentadbir telah tersalah tafsir Kaedah 27 itu dengan menyempitkan makna asrama kepada bilik.

Menurut pentadbir, pelajar harus berada di bilik selepas pukul 11 malam. Sedangkan menurut undang-undang pelajar perlu berada di asrama selepas pukul 11 malam. Dua ayat yang membawa makna yang berbeza. Asrama dan bilik ??? Lain maknanya tue...

Maka, keberadaan ku di bilik bacaan Cluster B itu pukul 11 malam adalah sah di sisi undang-undang kerana bilik bacaan juga merupakan sebahagian daripada asrama.

Akhirnya aku menarik nafas lega kerana Penolong Pendaftar HEP yang ku hubungi telah bersetuju dengan ku akan tafsiran Kaedah 27 tersebut. Beliau berkata memandangkan bilik bacaan tersebut berada di bangunan asrama (kolej), maka bilik itu merupakan sebahagian daripada asrama menurut takrifan undang-undang.

Oleh sebab itu, tidaklah salah seandainya aku berada di bilik tersebut sewaktu silence hour. Seterusnya beliau telah memberi kebenaran dan memaklumkan kepada ketua unit keselamatan mengenai kekeliruan tersebut.

Terima kasih kepada Puan Penolong Pendaftar yang prihatin akan masalah pelajar.

Saturday 19 July 2008

UiTM Sabah : Kenangan Hari Pertama

Tiba-tiba pula aku teringat kenangan sewaktu hendak mendaftar di UiTM Sabah hujung bulan Jun tahun lalu (2007).

Aku bertolak dari Labuan menaiki bot ekspress (nak panggil feri pun boleh jua rasanya). Aku seorang sahaja waktu itu. First time la naik ekspress ke KK.

Setibanya di jeti Kota Kinabalu, aku pun terus mencari teksi untuk ke UiTM Sabah. Time tu adalah kali ke-2 aku menjejakkan kaki di Kota Kinabalu.

Adalah seorang pak cik pemandu teksi ni..."mau pigi mana ?" tanyanya. "UiTM Sabah" jawab ku. Tanpa membuang masa pak cik tu pun bersetuju nak antar aku. Sepanjang perjalanan banyak juga kami berbual.

Akhirnya kami tiba ke suatu tempat yang entah di mana. " Kalau tidak silap saya di sini la ini." kata pak cik tu. Lalu aku pun musykil. Macam tak sure jer pak cik ni. Tadi time kat terminal feri bukan main conform lagi tau kat mana UiTM. " Sekejap saya pigi tanya dulu" katanya lagi dan dia terus bertanya salah seorang manusia yang terdapat di situ.

Aku percaya dengan yakin tempat itu bukan UiTM sebab buruk semacam jer aku tengok.. takde rupa sebuah universiti pun... orang pun aku tak nampak melainkan seorang dua je.

Sangkaan ku ternyata tepat. Tempat tu bukan UiTM. "Salah tempat suda kita ini" kata pak cik teksi tu. "Bukan di sini, tapi di sana" katanya lagi. Ntah di sana tu di mana aku pun tak tau. Aku ni memang tak tau langsung tempat di KK ni. Memang 100% harap kat pak cik ni je lah.

Then, kami pun bergerak lagi ke tempat lain yang menurut pak cik itu merupakan lokasi UiTM yang sebenar. Masuk satu simpang. Hutan je keliling. Tak de rupa UiTM pun. Turn balik. Tanya kat budak-budak tepi jalan. Dorang pun tak tau.

Dah sejam dah dalam teksi tak sampai-sampai lagi. Pak cik tu pun berhenti la di tepi jalan. Dia pi tanya kat mak cik jual pisang tepi jalan tu. Lepas tu dia siap beli pisang dan pelawa aku makan lagi. Nak ambil hati aku kot.

Akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Mula-mula musykil juga sebab jalan masuk ke UiTM Sabah tu tak de rupa macam jalan ke universiti pun. Tapi betullah. UiTM Sabah kat dalam. Turun dari teksi aku bayar jer ikut harga asal RM25. Moral of the story: jangan mengaku tau kalau tak tau.

Sampai-sampai terus mendaftar. Satu lagi masalah timbul. Pihak pengurusan tak pasti pula status aku ni. Aku cakap aku lepasan Asasi dari UiTM Shah Alam. Mungkin ni kali pertama kot lepasan Asasi daftar di sana. Dorang cuba nak pastikan sama ada aku layak dapat kemudahan kolej atau tidak.

Kalau lepasan diploma memang tidak diberi kolej kediaman. Tapi aku lepasan Asasi bukan diploma. Lagipun dalam surat tawaran ada tulis kemudahan kolej kediaman disediakan. Tengah dorang berbincang tu aku sempat berkenalan dengan Penolong Pendaftar HEP UiTM Sabah Puan Aminah Aman.

Pn Aminah ni orang Labuan jua. Orang Bukit Kuda. Apa lagi, makai bahasa Labuan tah ku sama ia. Nya dulu ia pun skulah di SK Kerupang jua. Baik Pn Aminah ni. Bahasa lemah lembut dan banyak membantu aku sepanjang 1 semester berada di UiTM Sabah.
Dia cakap, aku tak yah ikut Minggu Mesra Siswa (MMS) lagi sebab dah pernah ikut time kat Shah Alam dulu. Maknanya aku free la sepanjang seminggu tu.

Then, aku pun di suruh la masuk je ke kolej. Boleh tahan kolej d Sabah ni. Cantik lagi dari Shah Alam. Baru plak tuh. Yang paling best pemandangan dia. Memang cantik.. mungkin antara pemandangan semula jadi kampus yang tercantik di Malaysia ni. Dari kolej boleh nampak sungai Menggatal, Teluk Sepanggar, pulau, Gunung Kinabalu dll.

Sampai kat bilik, jumpa dengan Halim yang menjadi roomate aku untuk satu semester berikutnya. Sebelah petang dan malam dorang suma pergi MMS. Aku sorang ja la di bilik. Kalau Labuan dekat, aku balik jer trus. Sunyi. Heran juga kenapa la UiTM Suruh aku daftar awal sedangkan aku tak perlu ikut MMS? Ntah ler...

Masalah ke-2 timbul : makanan. Kafe tak buka lagi time tu. Aku nak makan kat mana? nasib baik la koop buka. Makan je la apa yang ada jual kat situ. Nak keluar jauh sangat. Sempat juga berbual-bual dengan Kak kat koop tu. Maka berakhirlah hari pertama aku di UiTM Sabah 29 Jun 2007.

Dialek Melayu Brunei yang Klasik

Dialek Melayu Brunei yang menjadi bahasa komunikasi seharian penduduk Melayu di Brunei, Labuan, Limbang, Lawas, Sipitang dan daerah-daerah lain yang berhampiran dengan Negara Brunei Darussalam masih mengekalkan beberapa perkataan yang sudah jarang dipakai oleh penutur dialek Melayu yang lain. Antaranya ialah:

Dia = ia kadang-kadang dieja ya

Betul = banar (daripada perkataan benar)

Susah = payah

Tipu = dusta ; menipu = bedusta (berdusta)

Jatuh = gugur

Teringat = takanang (daripada perkataan terkenang)

Juga = jua

Dahaga = karing lihir (kering leher)

Mengantuk = kalat mata (kelat mata)

Panas = hangat

Pokok = puhun (pohon)

Tak payah = Nda usah (tak usah)

Memancing = ngail (mengail)

Lembu = sapi

Koyak = carik

Bilik mandi = kamar mandi

Rosak = binasa

Ketawa = tetawa (tertawa)

Dekat = hampir

Sedap (makanan) = nyaman


Kebanyakan perkatan-perkataan di atas tidak boleh digantikan dengan perkataan Melayu yang lain walaupun maknanya sama.
Misalnya perkataan dusta tidak boleh digantikan dengan perkataan 'tipu' atau 'bohong' kerana perkataan 'tipu' dan 'bohong' tidak terdapat dalam perbendaharaan kata asli Melayu Brunei.

Kolej Jati

Pagi tadi aku telah berjaya mendapat kemudahan kolej kediaman di Kolej Jati. Tu pun setelah memohon sokongan pihak atasan. Pelajar peringkat ijazah memang susah nak dapat kemudahan kolej kediaman ni. Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Pembangunan Pelajar HEP UiTM Prof Madya Dr Rosmin Talib kerana memberi sokongan. Terima kasih juga untuk Pengurus Kolej Kediaman Jati Encik Zolkeflee Harun. Syukur la dapat kolej ni. Aku malas tinggal di luar. Malas nak bayar sewa bulanan. Lagipun Kolej Jati ni dekat dengan Fakulti. Senang.


Ni la rupa bilik yang aku dapat. Ok la juga kan...besar pula tu bilik ni..hahaha

Friday 18 July 2008

Kampung Nagalang Yang Damai

Kampung Nagalang merupakan salah sebuah kampung yang membentuk Wilayah Persekutuan Labuan. Kampung aku ni tak lah ramai penduduknya. Dalam dua tiga orang je. Agak sunyi kecuali waktu kapal terbang nak naik, melintas di ruang udara atau mendarat di Lapangan Terbang yang terletak bersebelahan kampung ini. Yang paling best kampung aku ni terletak di tepi pantai aka siring pasir.


Jalan masuk ke kampung




Simpang menuju ke pantai


Pantai Nagalang ni biasanya cantik.. tapi entah kenapa waktu ni banyak pula kayu kayan terdampar..hehehe..tapi ok juga la kan...




Kat hujung tanjung ada kapal tersadai







Tapak sulaiman yang warna macam pasir ni memang banyak kat Nagalang


My cousin 2 orang ni menjadi pengunjung setia pantai Nagalang


Tekstur pantai yang menarik


Feri dari Menumbuk Sabah ke Labuan boleh dilihat setiap hari di pantai Nagalang.


Sejenis siput yang digelar sebagai tekuyung padar banyak terdapat di pantai Nagalang. Orang kata siput ni sedap..tapi aku tak reti makan.



Kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur dilihat dari pantai Nagalang.








Pemandangan Mentari Terbenam di pantai Nagalang. tak berapa jelas sebab Nagalang menghadap ke ufuk timur.



Pemandangan waktu awal pagi di pantai Nagalang adalah antara yang tercantik di dunia..hehe






Perahu nelayan berlatar belakangkan mentari terbit dan Gunung Kinabalu.

Thursday 17 July 2008

Air Asia : Now Everyone Can Eat

Wah..boleh tahan harga ni yer... gambar ni aku ambil waktu dalam penerbangan ke KL. Klik kat gambar di bawah ni untuk paparan harga yang lebih jelas.








Nobody's Seen The Gourmet Maharaja Eating!

Aneh betul lah Maharaja of Banaras ni...hehe... orang tak boleh tengok dia makan.Isteri dia pun tak pernah tengok dia makan. Sengsara la hidup kan kalau macam ni. Dah tradisi nak buat macam mana. Baca artikel di bawah.
(Dipetik dari uppercrustindia.com)




In the Holy City of Banaras, MARK MANUEL met MAHARAJA ANANT NARAIN SINGH... a reclusive gourmet who tradition demands must not be seen eating or drinking by
anybody.




HIS Highness Anant Narain Singh, the 10th Maharaja of Banaras, could have made Ripley's Believe It Or Not as the strangest gourmet of the Indian culinary scene. I'm afraid, this is a dubious distinction that all Maharajas of the Banaras royal family have had to live down before him. By tradition, they are required to lead austere lifestyles, and one of the unwritten laws in the Holy City is that nobody, but nobody must witness them while they are dining. The reason being that Banaras Maharajas are Bhumiar Brahmins who believe that eating and drinking are a man's most personal habits. Nobody should be privy to these habits. Not even other members of the royal family. So they have always eaten in purdah. Strictly by themselves.

Maharaja Anant Narain Singh, who studied cooking in the Taj kitchen at Bombay and once single-handedly managed a banquet for the Aga Khan and President Zail Singh, is no different from the Maharajas before him. His understanding and liking of food enables him to plan the palace's sit-down dinners for visiting heads of state, royalty, and religious gurus. And when he takes friends out to dinner at restaurants like the Haveli in Delhi and Sea Lounge in Bombay, he will insist on ordering the food for them. But he can never eat on any of these occasions himself. That would amount to sacrilege. So, even though he is the host, the Maharaja will sit through the meal smiling and making small talk while everybody else has their fill. Nobody gets to see a Banaras Maharaja eating. Not even in photographs.

I don't know how it was in the past, but in Maharaja's Anant Narain Singh's case, I am told that tradition forbids even his wife, Maharani Anamika Devi, from sharing a meal with him. She cannot even be present in the room when he is eating. He has his meals in splendid isolation, sitting on the floor of the kitchen behind closed doors, eating out of a silver thali. His food is prepared by a team of Bihari cooks that has served the Banaras royal family for centuries. After the cooking is done, the head cook sends everybody out of the kitchen, then strips off and has a bath. Clad only in a dhoti and wearing a dupatta, he then washes the kitchen floor, spreads a cloth over it, serves the Maharaja's meal and leaves. Not even the head cook, J. Narain Thakur, who has been the royal chef for 40 years, has seen a Banaras Maharaja eating!

Fascinated by this legend, I made an appointment to meet Maharaja Anant Narain Singh at his royal residence, the Ram Nagar Fort, Palace and Museum, in Banaras. "You have been granted one hour. Come at noon and be on time, the Maharaja likes to take his lunch at 1.30 o'clock," I was warned by his secretary, Mr. Sukumaran Nair. Ram Nagar is a rambling, crumbling 17th century monolith built out of buff sandstone. It rises majestically out of the banks of the Holy Ganges. I got my first view of it from miles across the river. Towering pavilions, verandahs, carved balconies, domes and cupolas, magnificent halls, and the royal family's flag fluttering high above. The fort and museum, guarded by Uttar Pradesh's Provincial Armed Constabulary, are open to the public for a fee of Rs. 7, but entry to the palace cannot be gained unless the Maharaja lets you in.

I met him on the terrace of his private residence. He is a painfully shy young man who was coronated Kashi Naresh ("King of Varanasi") as recently as Christmas Day last year when his father, Maharaja (Dr.) Vibhuti Narain Singh, passed away after illness. Physically and mentally, I thought he had not yet got over the death. The hair had not grown fully on his shaved head. And his narrow, pointed face made him look more like Star Trek's Dr. Spock than the tele-serial's actor Leonard Nimoy himself. But he was dressed, and presented himself, like a Maharaja all right, in full costume and cap. Yes cap, these Maharajas don't wear turbans. I understand that when he travels, the Maharaja wears stylishly-cut and colourful designer wear.

This Maharaja enjoys travel, but unfortunately his peculiar eating habits restrict his movements to Bombay and Delhi only. A house has to be rented and a kitchen prepared for his Bihari Thakurs when the Maharaja travels. Or the guest house of the State Bank of Banaras has to be made available. He never stays in hotels (though he's the chairman of the Taj Ganges in Banaras, a five-star hotel built on the grounds of his summer house, the Nadesar Palace). And he's never been abroad. Worse yet (because Maharaja Anant Narain Singh is a gourmet), he's never tasted any foreign cuisines. Nor in-flight meals. No Chinese and no Continental. He only eats vegetarian Brahmin satvik food prepared by his Thakurs. And he's never drank any branded soft-drinks, nor wines and champagnes. No Coke and no Pepsi. And certainly no Sauvignon Blanc and Dom Perignon. He drinks Ganga jal. In fact, he likes to carry it in huge jerry-cans with him when he travels. Mr. Sukumaran Nair, who's been in the royal family's employ for 26 years, and who travels everywhere with the Maharaja, said he had not seen His Highness even have a glass of water. That's how traditional he was.

Now as he led me to a large marble bench on the cool terrace that overlooked the flowing Ganges, I asked Maharaja Anant Narain Singh about his mysterious eating and drinking habits. "Mysterious! What's mysterious? There's nothing special about my eating habits," he countered in genuine amazement. "I eat by myself in my own kitchen. My forefathers have all done so. Why? I don't know! Will I continue this practise in the future? I don't know... but why do you ask?" I confess, I was disarmed. Here was an educated man with a Benares Hindu University background, a gourmet with knowledge of cooking picked up in the Taj kitchen, but who was oblivious to the fact that he was unlike any other man on Earth as far as eating and drinking was concerned. What kind of food did he eat, I asked. "Vegetarian... satvik food," he replied. "I've never felt the need to be non-vegetarian. The whole world is slowly becoming vegetarian, and I am already one! I like all vegetarian food... but without onion and garlic in it. That's the only thing."

How did he handle curious guests at royal banquets who wanted to know why he wasn't eating with them, I inquired. "I tell them about my tradition," the Maharaja said honestly. "And later, when it's all over and the guests have gone, I eat my own food that has been prepared by my Thakurs in the palace kitchen." Was it true that he decided the menu for these banquets himself, even though he had not tasted outside food? "Yes," answered the astonishing Maharaja. "I am familiar with satvik food, and Banarasi sweets, and I am capable of telling even the chefs of the Taj what I want them to serve my guests. I did a bit of training in the Taj kitchen in Bombay, you know. It was quite an experience! I learnt to make different salads. But Ajit Kerkar instructed them not to take me into the kitchen when beef and mutton was being cut. I've seen cooking been done from close. I know what it's all about. But I cannot myself cook. I burnt my fingers. And I never enter the kitchen but to eat."

It was always satvik cuisine that the Maharaja offered his guests. He had stories to tell. Of a Saudi King who liked the food so much, he took a Banarasi cook back with him to his kingdom. And of Nepali Prime Minister Koirala, who had studied in Banaras and was familiar with the city's food. He was happy and surprised to eat it at a banquet he attended in the palace, and got quite nostalgic. There were other stories, of Pandit Jawaharlal Nehru, Rajendra Prasad, Indira Gandhi and Mulayam Singh, of Queen Elizabeth, Nelson Mandela and the Dalai Lama. And also of President K. Narayanan and his Burmese wife. The Ram Nagar Palace had seen some distinguished guests.

Maharaja Anant Narain Singh produced family albums to show me photographs of long tables groaning under the weight of food, with some of the world's most recognisable faces sitting around them. "All of them have been curious to find that we don't eat with them," he laughed. It was getting on to 1.30 o'clock, and I could see the respectful Mr. Sukumaran Nair in the background, one eye on his wrist-watch. Since the palace kitchen served as his dining room and he had all his meals there, it must be a spanking, well-appointed, modern place, I said to the Maharaja. "On the contrary," he replied. "It is an old-fashioned kitchen. The Thakurs cook on wood-fires. There is a refrigerator and, yes, we got gas only recently. They don't use it. There's no microwave, but yet the Thakurs produce gourmet food. I've never missed outside food. Never thought of it. Anything that I want in vegetarian khana, they can cook. My tastes are simple. I don't even have Banarasi paan. My Thakurs even make sweets. Only the Chocolate Mithai we get from out. We buy it from Ram Bhandar. It is specially made for us. Do the people of Banaras treat me like their King? Like the ‘Kashi Naresh!’ Hmmn... I don't know. I don't feel like a King. I feel like a normal citizen."

And Maharaja Anant Narain Singh got up and went for lunch. I came away realising he had not even offered me a glass of water. I wondered why. Ripley would be delighted with him.

Sultan-Sultan Brunei

Sultan Muhammad Shah (TM 1363 - 1402)
Sultan Islam Brunei yang pertama (sebelumnya terkenal dengan nama Awang Alak Betatar). Setelah berkahwin pada TM 1368 dengan Puteri Dayang Pingai iaitu Puteri Johor atau Temasek (Singapura Tua) Baginda dikenali dengan nama Sultan Muhammad Shah. Pada TM 1371, menghantar utusan ke China. Dalam catatan China Baginda disebut Ma–ha–mo–sha. Puteri Baginda, Puteri Ratna Dewi berkahwin dengan adinda kerabat Maharaja China iaitu, Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela). Baginda lindung pada TM 1402.

Sultan Abdul Majid Hasan (TM 1402 - 1408)
TM 1402, naik takhta. Tidak pernah disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei tetapi ada dicatatkan dalam riwayat China. TM 1406, menghantar utusan ke China, orang Cina menyebut baginda Ma-na-je-ka-na. TM 1408, berangkat ke China dan lindung di sana ketika berusia 28 tahun, meninggalkan putera bernama Hsia-wang berusia 4 tahun.

Sultan Ahmad (TM 1408 - 1425)
Baginda naik takhta pada TM 1408, sebelum itu terkenal dengan nama Pateh Berbai. Pengiran Bendahara yang pertama bagi Brunei. Baginda disebut dengan gelaran Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Berkahwin dengan adinda Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela). Menjadi mertua kepada Sultan Sharif ‘Ali. Baginda lindung pada tahun TM 1425 dan digantikan oleh menantu Baginda, Sultan Sharif ‘Ali.

Sultan Sharif Ali (TM 1425 - 1432)
Sultan Sharif ‘Ali ibnu Sharif ‘Ajlan naik takhta pada TM 1425 bagi menggantikan mertua Baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris (putera). Baginda dijunjung untuk menjadi Sultan atas persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat Brunei. Baginda keturunan Arab, berasal dari Taif. ‘Pedang Si Bongkok’ yang dibawa Baginda bersama ke Brunei itu membuktikan Baginda pernah menjadi Amir Makkah iaitu Al–Amir Sharif ‘Ali bin Sharif ‘Ajlan bin Sharif Rumaithah bin Sharif Muhammad Abu Numaie Al-Awwal, mempunyai jurai keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam melalui cucunda Baginda, Sayidina Hasan. Memandangkan jasa dan kearifan Baginda menyebarkan ajaran Islam maka Baginda dijodohkan oleh Sultan Ahmad dengan puteri Baginda, Puteri Ratna Kesuma. Baginda lindung pada TM 1432 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Besar Sulaiman.

Sultan Sulaiman (TM 1432 - 1485)
Baginda naik takhta pada TM 1432 dan turun takhta pada TM 1485. Baginda lindung pada TM 1511 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Bolkiah.

Sultan Bolkiah (TM 1485 - 1524)
Baginda naik takhta pada TM 1485. TM 1521, rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta melawat Brunei. Pada zaman Baginda, pemerintahan Brunei bukan sahaja meliputi keseluruhan Pulau Borneo seperti Sambas, Tanjungpura, Kota Waringin, Banjarmasin, Pasir, Kutai, Bolongan dan lain–lain bahkan Pulau–Pulau Suluk, Palawan, Keramian hingga Saludang (Luzon) iaitu daerah-daerah yang sekarang dikenali dengan nama Filipina. Zaman pemerintahan Baginda ini dikatakan sebagai zaman keemasan Empayar Brunei. Permaisuri Baginda yang termasyhur bernama Puteri Laila Menchanai. Baginda lindung pada TM 1524, dikatakan kerana cucukan jarum emas yang digunakan oleh Puteri Laila Menchanai semasa menyulam pada waktu Baginda sedang beradu dipangkuan permaisuri itu. Baginda digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Tengah ‘Abdul Kahar.

Sultan Abdul Kahar (TM 1524 - 1530)
Baginda naik takhta pada TM 1524. Pada TM 1521, rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta telah melawat Brunei semasa Baginda menjadi Pemangku Sultan. TM 1526 seorang Portugis bernama George de Menezes datang ke Brunei bertujuan hendak menjalankan perniagaan di samping mencari peliringan hendak menakluki Brunei. Tetapi memandangkan kekuatan Brunei ketika itu padu, dijangka agak sukar hendak dikalahkan maka maksud berniaga sahaja yang diteruskan. Sehubungan itu dia telah berjaya membuat perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan Sultan Brunei. Sejak itulah Portugis mengimport lada hitam, sagu, ikan, beras, emas dan barang makanan yang lain dari Brunei ke Melaka; di samping menggunakan pelabuhan dan perairan, Brunei menjadi tempat persinggahan dan lalu lintas perkapalan mereka dari Cochin ke Melaka, dari Melaka ke Maluku dan sebaliknya. TM 1530, seorang pegawai Portugis lain bernama Goncalo Pereira telah datang juga ke Brunei untuk memerhati keadaan Brunei sambil berniaga tetapi perniagaannya tidak berkembang dan akhirnya lenyap. Walau bagaimanapun ulama–ulama Islam masih ramai datang ke Brunei. Baginda turun takhta pada TM 1530 bergelar Paduka Seri Begawan Sultan ‘Abdul Kahar. Baginda lindung pada TM 1578, dan digantikan oleh putera kakanda Baginda, Pengiran Anak Chuchu Besar Saiful Besar.


Sultan Saiful Rizal (TM 1533 - 1581)
Baginda naik takhta pada TM 1533. Pada TM 1578, Brunei telah diserang oleh Sepanyol di Manila. Serangan itu termasyhur dengan sebutan ‘Perang Kastila’ tetapi berjaya diundurkan oleh Pengiran Bendahara Sakam bersama Orang Kaya Harimau Padang, 100 orang pahlawan terbilang dan rakyat yang taat kepada Sultan. Pada tahun ini juga Masjid Jame’ Brunei dibakar oleh Sepanyol. Baginda lindung pada TM 1581 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Besar Shah Brunei.

Sultan Shah Brunei (TM 1581 - 1582)
Baginda naik takhta pada TM 1581. Tidak mempunyai putera. Setelah Baginda lindung, pada TM 1582, diganti oleh adinda Baginda, Pengiran Muda Tengah Muhammad Hasan

Sultan Muhammad Hasan (TM 1582 - 1598)
Baginda naik takhta pada TM 1582. Zaman Baginda diadakan gelaran ‘Pengiran Di-Gadong’ dan ‘Pengiran Pemancha’. Menitahkan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela melanggar Milau (Sarawak). Baginda lindung pada TM 1598 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Besar ‘Abdul Jalilul ‘Akbar.



Sultan Abdul Jalilul Akbar (TM 1598 - 1659)
Baginda naik takhta pada TM 1598. Pada masa menaiki takhta, Baginda dibantu oleh ayahanda saudara Baginda, Pengiran Di–Gadong Besar Osman. Pada TM 1599, mengadakan perhubungan dengan Sepanyol di Manila. TM 1600, Oliver Van Noort, peniaga Belanda datang ke Brunei. Pada tahun 1612, Ahli Perniagaan Inggeris yang diketuai oleh Sir Henry Middleton datang ke Brunei. Baginda lindung pada tahun TM 1659.

Sultan Abdul Jalilul Jabbar (TM 1669 - 1660)
Baginda naik takhta pada 1659. Baginda berputerakan Pengiran Temenggong, Shamsuddin, Raja Gayoh. Baginda lindung pada tahun 1660.


Sultan Haji Muhammad Ali (TM 1660 - 1661)
Baginda naik takhta pada 1660. Takhta kerajaan Baginda direbut oleh Pengiran Bendahara ‘Abdul Hakkul Mubin kerana anaknya ditikam oleh Pengiran Muda Bongsu yang kalah bersabung ayam. Baginda lindung pada 14 Rabiulawal 1072 bersamaan 6 November 1661.

Sultan Abdul Hakkul Mubin (TM 1661 - 1673)
Baginda naik takhta pada 1661. Baginda merebut takhta kerajaan daripada Sultan Haji Muhammad ‘Ali, kemudian dibela oleh Pengiran Muda Muhyiddin sehingga terjadi perang saudara selama 12 tahun. Baginda lindung pada tahun 1673.

Sultan Muhyiddin (TM 1673 - 1690)
Baginda naik takhta pada tahun 1673. Mengambil alih takhta kerajaan daripada Sultan ‘Abdul Hakkul Mubin. Tahun 1685, berjaya mengatasi tipu helah angkatan Sepanyol yang berpura-pura datang melawat Brunei. Zaman Baginda, Datu Dakula datang ke Brunei untuk membela ayahandanya tetapi dapat diselesaikan oleh kekandanya, Pengiran Bendahara Pengiran Muda Amir ibni Sultan ‘Abdul Hakkul Mubin. Baginda lindung pada tahun 1690.

Sultan Nasruddin (TM 1690 - 1710)
Baginda naik takhta pada tahun 1690. Pada masa zaman Baginda, Dato Godam datang ke Brunei. Baginda lindung pada tahun 1710.


Sultan Husin Kamaluddin (TM 1710 - 1730) (TM 1737 - 1740)
Baginda naik takhta pada tahun 1710. Dua kali naik takhta dan akhirnya bersemayam di Luba. Pada masa zaman Baginda, negara makmur dan rezeki mudah diperolehi. Pernah mengeluarkan mata wang disebut ‘pitis’. Baginda lindung pada tahun 1770.


Sultan Muhammad Alauddin (TM 1730 - 1737)
Baginda naik takhta pada tahun 1730. Pernah mengeluarkan mata wang disebut ‘pitis’. Baginda lindung pada tahun 1737.


Sultan Omar Ali Saifuddien I (TM 1740-1795)
Baginda naik takhta pada tahun 1740. Pada tahun 1775, menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Ampa mengeluari angkatan Suluk yang diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar Brunei dan berjaya mengalahkannya. Baginda lindung pada tahun 1795.

Sultan Muhammad Tajuddin (TM 1795-1804) (TM 1804-1807)
Baginda naik takhta pada tahun 1795. Dua kali naik takhta. Sultan Brunei yang pernah menghantar utusan ke China untuk memasarkan barang–barang Brunei di sana. Pernah menghantar utusan untuk berbaik-baik dengan Sepanyol di Manila. Baginda lindung pada tahun 1807.

Sultan Muhammad Jamalul Alam I (TM 1804)
Baginda naik takhta pada 26 April 1804. Berada di atas takhta selama kira–kira 7 bulan sahaja sebelum Baginda lindung pada 19 November 1804.


Sultan Muhammad Kanzul `Alam (TM 1807-1826)
Baginda naik takhta pada tahun 1807. Pada tahun 1821, mengeluarkan dan menurunkan wang ‘pitis’ ke padian. Tahun 1809, angkatan dari Inggeris yang diketuai oleh ‘Si Merah’ datang ke Brunei membawa kuyuk (anjing) besar dan garang untuk dilawan oleh orang Brunei dan dapat dikalahkan oleh Pengiran Muhammad Daud; kerana kejayaannya ia diarak menjadi ‘Pengiran Pemancha’. Dia juga berjaya menangkap harimau hadiah Sultan Terengganu yang terlepas daripada kandangnya. Pada tahun 1823, utusan Kerajaan Belanda datang ke Brunei. Pada masa zaman Baginda, Pengiran Muhammad Salleh diangkat menjadi Pengiran Indera Mahkota dan dititahkan memerintah Sarawak. Baginda turun takhta pada tahun 1826.

Sultan Muhammad Alam (TM 1826-1828)
Baginda naik takhta pada tahun 1826 iaitu semasa hayat ayahanda Baginda.

Sultan Omar Ali Saifuddin II (TM 1828-1852)
Baginda naik takhta pada tahun 1828. Pada tahun 1839, James Brooke datang ke Sarawak. Tahun 1842, James Brooke dilantik menjadi Rajah Sarawak. Tahun 1845, Baginda menyerahkan Pulau Labuan kepada Inggeris. Tahun 1846 angkatan yang diketuai oleh James Brooke menyerang Brunei. Tahun 1847, menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan dengan Inggeris. Baginda lindung pada tahun 1852.

Sultan Abdul Momin (TM 1852-1885)
Baginda naik takhta pada tahun 1852. Tidak mempunyai zuriat. Pada tahun 1853, membuat perjanjian dengan James Brooke mengenai hak-hak kekuasaan kedua–dua belah pihak. Pada tahun 1856, membuat perjanjian dengan Inggeris mengenai perbicaraan rakyat Inggeris yang melakukan kesalahan jenayah dan pertelingkahan di Brunei. Pada tahun 1858, Pengiran Shahbandar Pengiran Muhammad Salleh terbunuh setelah dilemaskan oleh pengkhianat yang memusuhinya. Pada tahun 1877, membuat perjanjian dengan Gustavus Baron de Overback dan Alfred Dent mengenai pemajakan ke atas wilayah–wilayah Brunei di Sabah. Baginda lindung pada tahun 1885 ketika berusia lebih 100 tahun.

Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (TM 1885-1906)
Baginda naik takhta pada tahun 1885. Pada tahun 1887, membuat permohonan bertulis kepada Kerajaan Baginda Queen untuk mengadakan Residen British di Limbang tetapi tidak dipersetujui oleh pihak Kerajaan Baginda Queen kerana masalah kewangan. Pada tahun 1888, membuat perjanjian dengan Inggeris dengan meletakkan pengawalan hubungan luar negeri Brunei di bawah pentadbiran Inggeris. Baginda lindung pada tahun 1906

Sultan Muhammad Jamalul Alam II (TM 1906-1924)
Baginda naik takhta pada tahun 1906, ketika berusia 17 tahun. Pada tahun 1906, penubuhan Pasukan Polis Brunei; Brunei mempunyai Bendera Kebangsaannya sendiri. Pada tahun 1911, Sekolah Melayu mula didirikan. Pada tahun 1922, rancangan pembangunan mula giat dijalankan. Pada masa zaman Baginda kerja–kerja cari gali minyak giat diusahakan. Pada tahun 1922 berpindah dari Istana Kampong Ayer ke Istana Majlis. Baginda lindung pada tahun 1924.

Sultan Ahmad Tajuddin (TM 1924-1950)
Baginda naik takhta pada tahun 1924 Dalam usia 11 tahun. Pada tahun 1927, merasmikan pembukaan jalan raya Brunei–Tutong. Pada tahun 1929, merasmikan pembukaan Rumah Sakit Bandar Brunei. Tahun yang sama minyak mula ditemui di Seria. Pada tahun 1932, berangkat melawat England dan Eropah. Pada tahun 1941, Jepun menduduki Brunei. Pada tahun 1945, Tentera Bersekutu mendarat di Brunei. Manakala pada tahun 1946, Lagu Kebangsaan Brunei mula digubah oleh Awang Besar Sagap dan senikatanya oleh Yura Halim. Pada tahun 1946, mengambil alih kuasa memerintah daripada British Military Administration (BMA). Tahun 1949, menyambut Jubli Perak 25 tahun pemerintahan. Baginda lindung pada tahun 1950.

Sultan Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967)
Tahun 1947, diarak menjadi Pengiran Bendahara. Tahun 1950, naik takhta. Tahun 1951, menunaikan Fardhu Haji kali pertama. Tahun 1951, mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat; Lagu Kebangsaan Brunei ‘Allah Peliharakan Sultan’ diakui secara rasmi. Tahun 1953, mengemukakan cadangan bagi Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei. Tahun 1953, mula menubuhkan Sekolah Inggeris; mula membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam Tahun 1958, dinamakan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. Tahun 1953, menerima Bintang Kebesaran daripada Duli Yang Maha Mulia Queen Elizabeth II yang membawa gelaran ‘Sir’. Tahun 1955, membuat Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun pertama. Tahun 1957, Radio Brunei memulakan penyiarannya. Tahun 1959, Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekkan minyak di luar pantai; menandatangani dan memasyhurkan Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei di Lapau, Bandar Brunei. Tahun 1961, menubuhkan Pasukan Askar Melayu Brunei yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; cadangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Tahun 1962, menunaikan Fardhu Haji kali kedua; pemberontakan meletus di Brunei. Tahun 1963, memutuskan Brunei untuk tidak bergabung dalam Malaysia. Tahun 1967, Brunei mengeluarkan mata wang sendiri. Lebih 33 kali berangkat ke luar negeri antara Tahun 1951 – 1967, Tahun 1967, menurunkan diri dari takhta kerajaan, bergelar Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. Baginda lindung pada tahun 1986.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (1967 - Sekarang)




1946 – 15 Julai, diputerakan di Istana Darussalam, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan).
1955 – Menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei.
1959 – Menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur sehingga tahun 1961.
1961 – Melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Menyertai
Pasukan Kadet Victoria Institution sehingga tahun 1963.
– 14 Ogos, dimasyhurkan menjadi 'Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran
Muda Mahkota'.

1964 – Meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS), Bandar
Brunei.
1965 – 29 Julai, melansungkan perkahwinan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Bagidna Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran
Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
1966 – 4 Januari, memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhust, United Kingdom sebagai
Pegawai Kadet. Ditauliahkan pangkat Kapten dalam Pasukan Goldstream Guards.
1967 – 5 Oktober, ditabalkan menjadi Sultan Brunei Ke-29.
1968 – 1 Ogos, dipuspakan dalam satu adat istiadat yang gilang- gemilang di Lapau,
Bandar Brunei.
1971 – 23 Novemeber, menandatangani Pindaan Perjanjian 1959 dengan United Kingdom.
1979 – 7 Januari, menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama dengan United
Kingdom.
1981 – 28 Oktober, melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran
Isteri Hajjah Mariam binti Haji Abdul Aziz.
1984 – 1 Januari, mengisytiharkan Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, NBD.
– 16 Januari, berangkat ke Casablanca, Maghribi menghadiri Sidang Kemuncak
Persidangan Negara- Negara Islam (OIC).
– 21 September, berangkat ke New York menghadiri Majlis Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-39.
1986 – 20 Oktober, mengisytiharkan penyusunan semula Menteri-Menteri Kabinet.
1987 – 18 Januari, berangkat ke Tanah Suci Makkah Al- Mukarramah untuk menunaikan Farhdu Haji bagi kali pertama.
1988 – 30 November, mengisytiharkan rombakan dan penyusunan Menteri-Menteri Kabinet, berhasrat untuk memperkemaskan dan melicinkan pentadbiran Kerajaan.
1989 – 21 September, menerima anugerah 'Ijazah Kehormat Doktor Persuratan' daripada
Universiti Brunei Darussalam (UBD).
1992 – 15 Februari, menerima anugerah 'Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang'
daripada Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
– 5 Oktober, menyambut Jubli Perak, genap 25 tahun di atas takhta Kerajaan.
– 5 November, menerima anugerah 'Degree of Doctor of Civil Law by Diploma'
daripada Universiti Oxford, United Kingdom.
2000 – 30 Jun, menerima anugerah 'Award of the President's Gold Medal' dari City's
Royal College of Surgeons, Scotland, United Kingdom.
– 10-16 November, mempengerusikan Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Ekonomi Asia
Pasifik (APEC) 2000 Brunei Darussalam.
2001 – 11 Julai, menerima anugerah 'Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang' dari
Universiti Queensland, Australia.
– 2 Oktober, menerima aungerah 'Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Sains
Politik' daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Selangor,
Malaysia.
– 20 Oktober, menerima anugerah 'Honorary Doctorate Degree in International
Relations' daripada the Beijing Foreign Studies University, Republik Rakyat
China.
2004 – Majlis Mesyuarat Negeri diwujudkan kembali dengan nama Majlis Mesyuarat
Negara
2005 – Merasmikan Persidangan Kebangsaan mengenai Masyarakat Bermaklumat (NASIS)
– Mengisytiharkan rombakan Ahli Majlis Menteri-Menteri Kabinet; memperkenankan
jawatan Menteri iaitu Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Menteri
Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan II dan Menteri Hal Ehwal
Luar Negeri II
– Merasmikan Konvensyen Pendidikan dan Profesionalisme, Majlis Ilmu 2005
- 20 Ogos, melangsungkan pernikahan dengan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran
Isteri Azrinaz Mazhar Binti Hakim Mazhar
2006 – Merasmikan Penukaran Kepala Panji–Panji Pasukan Polis Diraja Brunei
– merasmikan Majlis Mesyuarat Negara

YAM Permaisuri Siti Aishah

Saya bukan selebriti







BELIAU menyepi tanpa berita sejak kemangkatan suami tercinta, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21 November 2001.

Pemergian Almarhum Sultan Salahuddin ke rahmatullah pada tarikh itu cukup menyedihkan rakyat jelata.

Namun apa yang kekal di mata penulis hingga ke hari ini ialah imej isterinya, Raja Permaisuri Agong ketika itu, Permaisuri Siti Aishah meratapi kematian suaminya sewaktu berarak di belakang jenazah.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Sultan Selangor pada tahun 1990 sewaktu baru berusia 19 tahun dan menjadi Raja Permaisuri Agong termuda sembilan tahun kemudian, kini keseorangan.

Kehilangan suami pada usia yang cukup muda, masa depan beliau menjadi tanda tanya rakyat sejagat.

Permaisuri Siti Aishah yang berasal dari Kuala Lumpur seterusnya hilang dari mata rakyat begitu sahaja dan tidak lama kemudian desas-desus mengenai dirinya mula timbul.

Ada yang mengatakan beliau sudah berhijrah ke luar negara dan ada pula yang mendakwa beliau telah mendirikan rumah tangga dengan anak seorang kenamaan.

Khabar angin itu dimatikan dengan kenyataan bapa Siti Aishah, Datuk Seri Abdul Rahman Mohd. Yatim pada hari terakhir tahun 2002 bahawa kesemua itu tidak benar sama sekali.

Tegas beliau, anakandanya itu tidak merancang untuk berkahwin semula pada masa terdekat itu.

Tiada yang kedengaran daripada bekas Raja Permaisuri Agong dengan kulit kuning langsat itu sehinggalah beliau muncul di khalayak ramai pada 3 Disember lalu pada majlis perasmian Kem Hafazan al-Quran 2005 di ibu kota.

Dengan berpakaian kebarung dan bertudung kemas, kehadirannya disambut meriah dan dipaparkan pada muka depan akhbar tempatan, bukti kepada kerinduan rakyat serta pihak media kepada perihal dirinya.

Sejak itu, dirinya mula kelihatan dengan kehadiran di majlis perasmian Konvensyen dan Pameran Batik Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 enam hari kemudian dan terbaru, di majlis pelancaran produk sistem penapisan air Beleza D’Agua di ibu kota pada 16 Julai lalu.

Peluang bertemu dengannya tidak dilepaskan dan wartawan Mingguan Malaysia dihantar ke majlis tersebut untuk mendapatkan khabar beritanya.

Seperti dahulu, beliau masih tampil segak dan jelita dengan pakaian kebarung berlabuci berwarna oren dan ungu dengan padanan beg tangan serta kasut yang sedondon.

Meskipun bersolek tipis, personanya begitu menawan kerana senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya sepanjang majlis.

Dengan diiringi ayahandanya, bondanya, Datin Seri Shamsinar Abdul Rahman dan adindanya, Elly Nur Arafah, beliau memperlihatkan perwatakan yang cukup ceria, petah berbual dan sudi melakukan aksi-aksi yang dikehendaki pada majlis perasmian.

Selesainya jamuan makan, kami berpeluang menemu ramahnya di bilik VVIP.

Setelah bersalaman bersama pemberita, Permaisuri Siti Aishah yang duduk penuh ayu memulakan bicara dengan memuji tahap pencapaian syarikat pengeluar produk itu.

“Ini merupakan satu titik bersejarah bagi negara kerana Beleza World Import Export dan Kuala Lumpur International Import Export merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang berjaya memperkenalkan produk ke pentas dunia.

“Tahap pencapaiannya amat membanggakan dan saya melihatnya sebagai menyambut jihad ekonomi yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,’’ ujarnya bersemangat.

Topik perbualan kemudiannya dikembangkan dengan beliau menyaran rakyat agar mengambil air yang mencukupi sebagai memenuhi pendekatan kesihatan holistik.

“Saya percaya kepada pendekatan tradisional dan moden dalam meningkatkan kesihatan seseorang.

“Kita perlu bersungguh-sungguh melakukan perkara yang dapat membawa manfaat kepada diri sendiri,’’ katanya.

Beliau dalam hal ini menyifatkan penglibatannya dengan produk itu sebagai sumbangan peribadinya kepada masyarakat namun berkata bahawa ia tidak akan terhad kepada bidang kesihatan sahaja.

Kami seterusnya mengatakan bahawa rakyat merindui berita mengenainya dan tertanya-tanya bagaimana keadaannya sekarang.

Beliau tersenyum manis lantas berkata:

“Saya bukan selebriti dan kehidupan saya adalah seperti biasa.

“Saya berasal daripada kalangan rakyat biasa, ditakdirkan berkahwin dengan Almarhum (Sultan Salahuddin) dan kini masih lagi bersama rakyat.

“Tidak banyak bezanya, mungkin dahulu lebih sibuk dan kini kurang sibuk.”

Permaisuri Siti Aishah memberitahu, beliau kini banyak meluangkan masa berkualiti bersama keluarganya.

Sememangnya, keakraban beliau dengan kedua-dua ibu bapanya begitu jelas.

Semasa ditemu ramah, mereka sentiasa memberikan kata-kata penyokong kepadanya dan beliau tidak segan silu meminta pendapat serta persetujuan mereka.

Permaisuri Siti Aishah berkata, beliau kini turut mencari inspirasi untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memanfaatkan rakyat.

“Apabila sampai masanya nanti saya akan dedahkan apa hasilnya itu. Ia akan direalisasikan dengan kerjasama pihak Utusan,’’ dedahnya.

Dalam pada itu beliau turut mengaku banyak bertindak sebagai ‘pakar latih tidak bertauliah’ bagi kaum keluarga dan rakannya yang memiliki potensi tinggi.

“Contohnya, saya banyak memberi panduan kepada Elly Nur Arafah, 21, untuk membuat kek kahwin dan sebagainya kerana saya mahu melihatnya melakukan yang terbaik,’’ kata Permaisuri Siti Aishah.

Ini, katanya, turut terkandung di dalam minatnya untuk berinteraksi dan membimbing golongan muda.

“Saya mahu mereka menjadi lebih fleksibel dalam semua perkara.

“Mereka perlu sentiasa ingin tahu mengenai kejadian sekeliling dan tidak dikongkong sesiapa atau apa-apa,’’ jelasnya.

Beliau dalam hal ini memuji kebolehan kaum perempuan yang bukan sahaja pandai melakukan multi-tasking tetapi juga berjaya dalam pencapaian pelbagai bidang.

Bagi golongan ‘kurang muda’ pula, Permaisuri Siti Aishah menasihatkan mereka agar tidak sesekali menipu umur mereka tetapi berbangga dengan pengalaman dan pengajaran yang telah diperoleh.

Apabila dipuji mengenai kecantikannya yang begitu menyerlah, beliau berkata rahsianya amat mudah.

“Kita mesti banyak bersyukur dan sentiasa mengingati Allah s.w.t.

“Jika perkara ini diamalkan, insya-Allah, Tuhan akan sentiasa berada di sisi kita,’’ ujarnya.

Setelah puas meniti isu-isu sampingan tersebut dan melihat beliau sudi menjawab segala persoalan, penulis mencuba nasib dengan bertanya sama ada bekas Raja Permaisuri Agong yang kini berusia 35 tahun berminat untuk menamatkan zaman solonya.

Dengan jelas dan tenang, beliau berkata:

“Saya meminta rakyat jelata agar mendoakan kebahagiaan saya termasuk dalam soal mencari jodoh.

“Perkara ini saya serahkan kepada Allah kerana hanya Tuhan yang tahu bila, di mana dan dengan siapa.

“Ia merupakan satu tanda soal yang besar bagi saya kerana saya juga hanya manusia biasa.’’

Tanpa disangka, ayahandanya turut menambah, “Bila, kita tak tahu. Jadi, tunggulah (standby),” dengan ukiran senyuman.

Bagi penulis jawapan itu cukup bermakna kerana dinyatakan tanpa sebarang selindung.

Mungkinkah ia menandakan Permaisuri Siti Aishah akhirnya sudah menemui pasangan di hati?

Hanya masa yang boleh menentukan sama ada ia akan direalisasikan atau tidak.

Dipetik dari Utusan Malaysia.

ULASANKU

Aku tertanya kenapa Permaisuri Siti Aishah selaku mantan Tengku Permaisuri Selangor hanya diberikan gelaran Yang Amat Mulia sesudah kemangkatan Sultan Salahuddin. Padaku, gelaran YAM agak rendah bagi taraf seorang mantan permaisuri negeri dan mantan Raja Permaisuri Agong Malaysia.

Lazimnya gelaran YAM dipakai oleh anakanda sultan. Di Brunei pula gelaran YAM dipakai oleh cucunda sultan.

Sedangkan bonda kandung Sultan Selangor Raja Saidatul Ihsan diberikan gelaran Yang Maha Mulia walaupun beliau bukan bekas permaisuri.

Bukanlah niatku untuk mempersoalkan gelaran Paduka Bonda Raja Selangor. Sebagai bonda sultan memerintah sememangnya beliau berhak. Aku sekadar membuat perbandingan dengan kedudukan Permaisuri Aishah kerana bagiku kedudukan Permaisuri Aishah lebih tinggi.

Lihat di Terengganu. Walaupun Tengku Besar Syarifah Nong adalah bonda kandung Sultan Mizan, tetapi beliau hanya memakai gelaran Yang Teramat Mulia kerana Syarifah Nong bukan bekas permaisuri.

Sebaliknya Tengku Ampuan Bariah memakai gelaran Yang Maha Mulia kerana baginda adalah bekas Tengku Ampuan (permaisuri) Terengganu walaupun Sultan Mizan bukan anak kandungnya.

Namun apa yang berlaku di Selangor adalah sebaliknya. Adakah kerana Permaisuri Aishah adalah orang kebanyakan? atau kerana usianya yang lebih muda?
Hanya Istana Selangor yang lebih tahu.

Jay Chou, Feng

Aku suka lagu ni..best..


枫 | Feng | Maple

From Jay-Chou.net



曲: 周杰倫
Qu: Zhou Jie Lun
Music: Jay Chou

词: 宋健彰(弹头)
Ci: Song Jian Zhang (Dan Tou)
Lyrics: Song Jian Zhang (Bullet)

Translation: Hyde - www.jay-chou.net

乌云在我们心里搁下一块阴影
wu yun zai wo men xin li ge xia yi kuai yin ying
Dark clouds cast a shadow over our hearts

我聆听沉寂已久的心情
wo ling ting chen ji yi jiu de xin qing
I listen intently to the feelings that have long been silenced

清晰透明
qin xi tou ming
Distinct and clear

就像美丽的风景
jiu xiang mei li de feng jing
Just like a beautiful landscape

总在回忆里才看得清
zong zai hui yi li cai kan de qing
That can only be clearly seen in one's memories


被伤透的心能不能够继续爱我
bei shang tou de xin neng bu neng gou ji xu ai wo
Can a heart that's been thoroughly wounded continue to love me?

我用力牵起没温度的双手
wo yong li qian qi mei wen du de shuang shou
I tried hard to hold (your) cold hands

过往温柔
guo wang wen rou
The tenderness in the past

已经被时间上锁
yi jing bei shi jian shang suo
Is locked in time

只剩挥散不去的难过
zhi sheng hui san bu qu de nan guo
All that's left are sadness that cannot be dispersed


缓缓飘落的枫叶像思念
huan huan piao luo de feng ye xiang si nian
Longing is like maple leaves, slowly drifting down

我点燃烛光温暖岁末的秋天
wo dian ran zhu guang wen nuan sui mo de qiu tian
I light a candle to warm this year-end's autumn

极光掠夺天边
ji guan lue duo tian bian
The aurora steals across the horizon

北风掠过想你的容颜
bei feng lie guo xiang ni de rong yan
The north wind flits across the face that's thinking of you

我把爱烧成了落叶
wo ba ai shao cheng le luo ye
Ashes from my burning heart falls like leaves

却换不回熟悉的那张脸
que huan bu hui shu xi de na zhang lian
But I can never regain (your) familiar face again


缓缓飘落的枫叶像思念
huan huan piao luo de feng ye xiang si nian
Longing is like maple leaves, slowly drifting down

为何挽回要赶在冬天来之前
wei he wan hui yao gan zai dong tian lai zhi qian
Why must I try to recover all before winter arrives?

爱你穿越时间
ai ni chuan yue shi jian
My love for you transcends all time

两行来自秋末的眼泪
liang hang lai zi qiu mo de yan lei
Two streams of tears that were shed for the autumn's end

让爱渗透了地面
rang ai shen tou le di mian
Let the love flood through

我要的只是你在我身边
wo yao de zhi shi ni zai wo shen bian
I just want you by my side


被伤透的心能不能够继续爱我
bei shang tou de xin neng bu neng gou ji xu ai wo
Can a heart that's been thoroughly wounded continue to love me?

我用力牵起没温度的双手
wo yong li qian qi mei wen du de shuang shou
I tried hard to hold (your) cold hands

过往温柔
guo wang wen rou
The tenderness in the past

已经被时间上锁
yi jing bei shi jian shang suo
Is locked in time

只剩挥散不去的难过
zhi sheng hui san bu qu de nan guo
All that's left are sadness that cannot be dispersed


在山腰间飘逸的红雨
zai shan yao piao yi de hong yu
The lush mountainside forest

随著北风凋零
sui zhe bei feng diao ling
Withers in the North Wind

我轻轻摇曳风铃
wo qing qing yao ye feng ling
I sway the windchime gently

想唤醒被遗弃的爱情
xiang huan xing bei yi qi de ai qing
Attempting to awaken this abandoned love

雪花已铺满了地
xue hua yi pu man le di
Snowflakes have already covered the ground

深怕窗外枫叶已结成冰
shen pa chuang wai feng ye yi ji cheng bing
Fearing that the maple leaves outside the window are already frozen





feng - jay chou

Saturday 12 July 2008

Gunung Kinabalu dari Labuan

Ramai yang belum tahu, Gunung Kinabalu juga boleh dilihat dari Labuan pada waktu mentari terbit di ufuk timur. Gambar di bawah diambil pada pukul 6.06 minit pagi di pantai Kampung Nagalang Labuan.

Bendera-bendera di Labuan

Labuan mengalami perubahan pentadbiran berulang kali sejak pulau itu diserahkan secara paksa oleh Sultan Brunei kepada British. Berikut adalah bendera-bendera yang sedang dan pernah berkibar di Labuan suatu ketika dahulu.


Bendera Koloni Labuan 1846



Bendera Negeri-negeri Selat 1907



Bendera Negeri Sabah 1963



Bendera Wilayah Persekutuan Labuan



Bendera Wilayah Persekutuan

Dialek Kadayan @ Kedayan Labuan

Kadayan merupakan salah satu daripada 2 keturunan Melayu yang mendiami Labuan. Dialek Melayu Kadayan digolongkan dalam kumpulan Dialek Melayu Teluk Brunei (DMTB). Di Labuan, dialek ini beserta dialek Brunei menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) dalam aktiviti tidak rasmi.



Ciri-ciri Dialek Kadayan Labuan



Dialek Kedayan mempunyai banyak perbezaan berbanding bahasa Melayu baku dan DMTB yang lain.



Antara ciri-ciri dialek ini ialah pengguguran konsonan 'r' dalam kebanyakan perkataan.

Contohnya perkataan 'hari' disebut dalam dialek Kadayan sebagai haie, duri disebut duie, mari disebut maie, ramai disebut amai, lurus disebut luus dan kasar disebut kasa.



Namun begitu, terdapat sebilangan kecil perkataan yang mengekalkan konsonan r dalam dialek Kadayan iaitu:

-Kari

-Lori ( disebut luri)

-Surau

-Raya



Selain itu, dialek Kadayan juga menggantikan vokal 'e' kepada vokal 'a'.

Contohnya perkataan besar disebut basa, beras disebut baas, keras disebut kaas.



Vokal 'o' pula digantikan dengan vokal 'u'.

Contohnya botol disebut butul, tolong disebut tulung dan bola disebut bula.



Beberapa perkataan asas



Saya - aku (disebut aku'). Dalam dialek Kadayan, perkataan aku boleh digunakan ketika bercakap dengan sesiapa sahaja kerana perkataan 'saya' tidak terdapat dalam dialek ini.

Awak - kau (disebut kawu')

Dia - ia atau boleh juga dieja ya

Mereka - besia (tetapi rata-rata anak muda Kadayan di Labuan lebih senang menggunakan perkataan diurang)



Ya - awu ( disebut awu' )

Tidak - inda atau seringkali disingkatkan ejaannya menjadi nda

Mungkin - Mangkali @ kali

Kalau - mun

Juga - jua (disebut jua' )

Sangat - luan & hantap

Hendak - kan

Lah - tah, buatlah - buat tah

Nanti - kaang

Kepada - aah

Ini - ani

Itu - atu

Hodoh, tidak cantik - bida





Tidur - tidu ( disebut tiduu)

Lari - lusi ( disebut lusii), Berlari - balusi

Cari - hunja (disebut hunjaa) , Mencari - mahunja

Cakap - tutu ( disebut tutuu), Bercakap - batutuan

Bagi - baie & baakan

Marah - maah, Kena marah - kamaahan

Bayar - baai, membayar - mambaai @ mbaai

Ingat, teringat - takanang

Memberi tahu - bapadah

Bakar - tunu

Balik - mulih





Mengantuk - kalat mata

Dahaga - kaing lihii

Penat - kapayahan

Koyak - caik





Bandar, kedai = kadai

Air - aing

Elektrik - karan, Blackout - pajah karan

Duit - usin

Kereta - mantuka

Basikal - biskal

Kapal terbang - kapal taabang



Panas - hangat

Sejuk - sajuk

Sekejap - tagal

Cepat - laju

Lama - batah



Bilik mandi - kamaa mandi

Dapur - dapuu

Rumah - umah

Atap - hatap

Tiang - tihang

Cermin - caamin

Tingkap - pinjauan & tabuk



Pagi - sambat

Lewat petang, senja - malamaie @ malam aie



Ayam - hayam

Kucing - ucing

Anjing - kuyuk

Monyet - ambuk

Ikan - lauk

Lembu - sapi



Contoh Ayat



Kan ke mana kau? = awak nak ke mana?



Batah sudah ku nda tajumpa = dah lama saya tak jumpa



Apa habaa mu ? = awak apa khabar?



Luan jua bida nya kuih ani = Punyalah tak cantik kuih ni



Tapi walaupun bida, nyaman nyamu tu = tapi walaupun tak cantik, sedap tau tak



Bah, laju tah = ok, cepat lah



Ani baapa sabigi? = ni berapa sebiji?



Tiga bigi sainggit = tiga biji seringgit



Tahu kamu mana aah nya umah si Ali? = kamu tau tak kat mana rumah Ali?



Makan sudah kau? = awak dah makan?



Balum, kakal kanyang paut ni. = Belum, perut ni masih kenyang.



Haga tah tidu, ahi sudah ni = pergi lah tidur, dah lewat ni.



Jangan luan inga, aku kan tidu ni = jangan terlampau bising, aku nak tidur ni



Pintu sudah kau kabat? kaang masuk pancuie = Awak dah tutup pintu? nanti pencuri masuk.



Pukul baapa kau minta kajuti isuk ? = jam berapa awak nak minta kejutkan esok?



Kan ke kadai kah kau? = awak nak ke bandar ke?



Awu. Apa yang kau minta balikan? = ya. awak nak minta belikan apa?



Balikan ku reload Celcom 10 inggit. Masuk taus ah. = Belikan saya reload Celcom 10 ringgit. Masuk terus k.



Bah. Usin nya mana? aku ni kapih sudah ni. = Ok. Duitnya mana? aku dah kering dah ni.



Kaang ku baakan aah mu. = nanti saya bagi kat awak



Bila kau mulih ke Labuan? = Bila awak balik ke Labuan?



Kalamaie patang naik Air Asia = Petang kelmarin naik Air Asia.



Amai jelama kah ? = ramai orang ke?



Nda jua amai banaa. Sadang-sadang. = Tak jugak ramai sangat. Sederhana.



Bainut tah ku dulu ah. Sanang-sanang datang tah saja ke umah = saya minta diri dulu yer. Senang-senang datang la ke rumah.

Bah. Usai-usai bajalan tu. = ok, baik-baik jalan tu























Hormati status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan

ni plak post ku yang keempat dan terbaru di Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 10 Julai 2008

Hormati status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan

SAYA tertarik untuk memberi komen mengenai kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang sejak akhir-akhir ini kerap mendesak agar Labuan dikembalikan kepada Sabah.

Selaku anak jati Labuan, saya merasakan kenyataan tersebut sebagai penghinaan kepada penduduk Labuan yang sememangnya menyokong penuh taraf Wilayah Persekutuan yang dinikmati sejak 24 tahun yang lalu.

Pada saya Teck Lee tidak berhak berkata sedemikian kerana beliau bukanlah penduduk Labuan. Kenyataan tersebut seolah- olah menggambarkan Labuan seperti buah catur yang boleh dialih-alihkan mengikut kehendak pemain. Labuan adalah pulau yang berpenghuni dan kehendak rakyat di pulau tersebut harus dihormati.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas maka Teck Lee bolehlah datang sendiri ke Labuan dan bertanyakan pendapat penduduk asalnya mengenai perkara ini.
Tidaklah sukar bagi beliau untuk datang ke Labuan kerana kerajaan Persekutuan telah membina lapangan terbang dan terminal feri yang bertaraf antarabangsa di pulau tersebut. Tentunya lebih elok kiranya Teck Lee turut meluangkan masa meninjau pembangunan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan di Labuan.

Saya kira beliau sedar bahawasanya kemajuan Labuan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan juga membawa kebaikan bukan hanya kepada penduduk Labuan bahkan juga penduduk Sabah.

Semenjak Perjanjian Labuan 1984 ditandatangani, tiada rakyat Sabah mahupun Labuan yang sengsara kerana taraf Wilayah Persekutuan ini. Tiada rakyat Sabah yang dihalang daripada memasuki pulau tersebut. Tiada rakyat Sabah yang didiskriminasi oleh Kerajaan Persekutuan di Labuan. Sesungguhnya kerajaan Persekutuan tidaklah pernah bersikap kenegerian. Semua rakyat Malaysia di Labuan dilayan dengan sama rata tanpa mengira negeri asal mereka . Bahkan banyak peluang pekerjaan dan jawatan tinggi baik dalam sektor awam mahupun swasta yang diisi oleh rakyat Sabah.

Tambahan pula, penyerahan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan adalah atas kerelaan dan persetujuan kerajaan Negeri Sabah sendiri.
Tidak keterlaluan jika saya sifatkan kenyataan dan tuntutan Teck Lee sebagai perbuatan mengeruhkan air yang jernih kerana hubungan antara Sabah dan Labuan adalah terjalin akrab selama ini.

Saya berharap beliau dan mana-mana pihak jua pun berhentilah daripada mengungkit perkara yang boleh melukakan hati penduduk Labuan. Negeri Sabah amat luas maka janganlah pulau Labuan yang kecil ini direbutkan. Banyak perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat negeri ini yang boleh dilakukan.

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan status Wilayah Persekutuan yang telah membawa banyak kemajuan kepada pulau ini. Saya percaya puluhan ribu rakyat Labuan dan rakyat Malaysia lainnya juga merasa begitu. Maka status Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan seperti yang tercatat dalam Fasal 4 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan itu haruslah dihormati oleh semua pihak.

ANAK JATI LABUAN
Kampung Nagalang, Labuan

Rujuk pada link di bawah,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2008&dt=0710&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

Jeffrey Kitingan membelakangkan aspirasi penduduk Labuan


Ni artikel ke 3 ku yang sudi disiarkan oleh editor di Utusan Malaysia (29 Feb 2007) dan Berita Harian


Jeffrey Kitingan membelakangkan aspirasi penduduk Labuan

KENYATAAN yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan dalam manifesto pilihan raya parti itu mengenai penyerahan semula Labuan kepada Sabah adalah sesuatu yang membelakangkan aspirasi penduduk Labuan sendiri.

Beliau juga mendakwa penyerahan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan tidak mendapat persetujuan rakyat Sabah. Ternyata kenyataan itu cuba mengelirukan rakyat.
Perkara tersebut bukan isu kerana penduduk Labuan sendiri setuju dan gembira dengan taraf Wilayah Persekutuan.

Mungkin beliau dan PKR tidak mengkaji sejarah mengenai kemasukan Labuan ke dalam Sabah pada tahun 1946 juga dilakukan oleh pihak British tanpa berunding dengan penduduk Labuan.
Keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Haris Salleh pada tahun 1984 adalah amat tepat.

Labuan kini berdiri sama tinggi kedudukannya dengan kawasan lain di Malaysia. Maka adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk memberikan semula taraf sebuah ‘daerah’ kepada pulau ini.

Tambahan lagi, Kerajaan Persekutuan telah dan akan membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk Labuan. Tentunya peruntukan sebesar ini tidak akan diperoleh jika Labuan hanya berstatus sebuah daerah dalam negeri Sabah.

Sesungguhnya saya dan puluhan ribu penduduk Labuan amat bangga bernaung di bawah panji Wilayah Persekutuan.
Hanya penduduk Labuan sendiri sahaja yang berhak menentukan masa depan pulau ini dan bukan pihak-pihak luar yang mempunyai agenda tersirat.

– ANAK JATI,
Labuan.

Rujuk pada link di bawah,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2008&dt=0229&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

Persoal ruang menunggu KL Sentral ditutup tengah malam

Ni plak artikel ke 2 yang tersiar di Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 7 Februari 2008


Persoal ruang menunggu KL Sentral ditutup tengah malam

SELEPAS menyertai ribuan warga kota menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lalu di Stadium Bola Sepak Cheras, saya bersama abang saya telah bergegas ke Stesen KL Sentral untuk mengambil bas atau tren komuter ke Shah Alam.

Namun oleh kerana masalah kesesakan jalan raya, kami telah lewat tiba di stesen tersebut. Tren komuter dan bas ke Shah Alam tamat perkhidmatannya menjelang hampir tengah malam.
Oleh kerana tiada pilihan lain, kami pun terpaksa berehat dan menunggu tren komuter di ruang menunggu KL Sentral.

Ruang itu cukup selesa kerana mempunyai kemudahan tempat duduk. Namun tiba-tiba seorang anggota polis meminta kami dan beberapa orang yang berada di situ keluar dari ruang tertutup di KL Sentral.

Beliau meminta kami menunggu di kaki lima KL Sentral berdekatan kawasan hentian teksi. Kami pun mematuhi arahan berkenaan.
Ketika saya meminta penjelasan daripada anggota polis berkenaan, beliau hanya menjawab KL Sentral ditutup pada tengah malam.

Timbul persoalan di hati saya, bukankah KL Sentral bertaraf antarabangsa dan tren sentiasa tiba dan berlepas tanpa mengira waktu? Untuk apa disediakan ruang menunggu yang selesa jika tidak dapat digunakan oleh orang awam?

Tambah menyakitkan mata memandang apabila melihat ramai orang awam yang sedang menunggu tren tidur bergelimpangan di atas lantai di luar Stesen KL Sentral.
Keadaan di luar pula sejuk dan berangin. Apa pula pandangan pelancong apabila mereka melihat atau terlibat dalam situasi ini?

Seperkara lagi yang menghairankan, terdapat sebuah restoran makanan segera dan sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam di stesen yang kononnya ditutup pada waktu tengah malam itu.

– MOHD. REZZ,
UiTM, Shah Alam.

Rujuk pada link di bawah;

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2008&dt=0207&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_04.htm&arc=hive