Tuesday 12 August 2008

UiTM Untuk Bumiputra


Tuanku Canselor UiTM



KUALA LUMPUR: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera sebagai usaha untuk menggadaikan kepentingan Melayu dan agama Islam.

Sambil menegaskan UiTM semalam memanggil mesyuarat ahli lembaga pengarahnya membincangkan cadangan ‘tidak perlu’ itu, beliau berkata, cadangan itu dilihat sebagai usaha mencari sokongan bukan Melayu terhadap kepemimpinannya.

“Soal ini tidak wajar dibangkitkan oleh sesiapapun kerana Bumiputera masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain. Kita membantah bukan hanya membabitkan agenda untuk menjaga kepentingan Melayu tetapi seluruh rakyat yang mahu matlamat asal penubuhan UiTM terus dipelihara.


“Jangan bangkitkan soal ini kerana ia boleh menggugat keharmonian bangsa yang selama ini hidup dalam keadaan tenteram,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya bangsa Melayu diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan untuk duduk sama taraf dengan bangsa lain.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Luqmanul Hakim Mohamed, berkata MPP akan menghantar memorandum bantahan ke pejabat Menteri Besar hari ini dan meminta beliau menarik balik kenyataan berkenaan.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohamad Mustafa Latif, dalam kenyataannya, membantah kenyataan Khalid itu yang disifatkan sebagai mewakili kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak sensitif dengan kepentingan bangsa Melayu.

“Beliau sebenarnya memungkiri janji yang dibuat selama ini untuk membela, menjaga dan memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu,” katanya.

(Dipetik dar Berita Harian Online siaran 12 Ogos 2008)

1 comment:

Unknown said...


I am a private loan lender which have all take to be a genuine lender i give out the best loan to my client at a very convenient rate.The interest rate of this loan is 3%.i give out loan to public and private individuals.the maximum amount i give out in this loan is $1,000,000.00 USD why the minimum amount i give out is 5000.for more information

Your Full Details:
Full Name :………
Country :………….
state:………….
Sex :………….
Address............
Tel :………….
Occupation :……..
Amount Required :…………
Purpose of the Loan :……..
Loan Duration :…………
Phone Number :………
Mobile Number: +919910768937
Contact Email osmanloanserves@gmail.com