Saturday 12 July 2008

Dialek Kadayan @ Kedayan Labuan

Kadayan merupakan salah satu daripada 2 keturunan Melayu yang mendiami Labuan. Dialek Melayu Kadayan digolongkan dalam kumpulan Dialek Melayu Teluk Brunei (DMTB). Di Labuan, dialek ini beserta dialek Brunei menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) dalam aktiviti tidak rasmi.



Ciri-ciri Dialek Kadayan Labuan



Dialek Kedayan mempunyai banyak perbezaan berbanding bahasa Melayu baku dan DMTB yang lain.



Antara ciri-ciri dialek ini ialah pengguguran konsonan 'r' dalam kebanyakan perkataan.

Contohnya perkataan 'hari' disebut dalam dialek Kadayan sebagai haie, duri disebut duie, mari disebut maie, ramai disebut amai, lurus disebut luus dan kasar disebut kasa.



Namun begitu, terdapat sebilangan kecil perkataan yang mengekalkan konsonan r dalam dialek Kadayan iaitu:

-Kari

-Lori ( disebut luri)

-Surau

-Raya



Selain itu, dialek Kadayan juga menggantikan vokal 'e' kepada vokal 'a'.

Contohnya perkataan besar disebut basa, beras disebut baas, keras disebut kaas.



Vokal 'o' pula digantikan dengan vokal 'u'.

Contohnya botol disebut butul, tolong disebut tulung dan bola disebut bula.



Beberapa perkataan asas



Saya - aku (disebut aku'). Dalam dialek Kadayan, perkataan aku boleh digunakan ketika bercakap dengan sesiapa sahaja kerana perkataan 'saya' tidak terdapat dalam dialek ini.

Awak - kau (disebut kawu')

Dia - ia atau boleh juga dieja ya

Mereka - besia (tetapi rata-rata anak muda Kadayan di Labuan lebih senang menggunakan perkataan diurang)



Ya - awu ( disebut awu' )

Tidak - inda atau seringkali disingkatkan ejaannya menjadi nda

Mungkin - Mangkali @ kali

Kalau - mun

Juga - jua (disebut jua' )

Sangat - luan & hantap

Hendak - kan

Lah - tah, buatlah - buat tah

Nanti - kaang

Kepada - aah

Ini - ani

Itu - atu

Hodoh, tidak cantik - bida





Tidur - tidu ( disebut tiduu)

Lari - lusi ( disebut lusii), Berlari - balusi

Cari - hunja (disebut hunjaa) , Mencari - mahunja

Cakap - tutu ( disebut tutuu), Bercakap - batutuan

Bagi - baie & baakan

Marah - maah, Kena marah - kamaahan

Bayar - baai, membayar - mambaai @ mbaai

Ingat, teringat - takanang

Memberi tahu - bapadah

Bakar - tunu

Balik - mulih





Mengantuk - kalat mata

Dahaga - kaing lihii

Penat - kapayahan

Koyak - caik





Bandar, kedai = kadai

Air - aing

Elektrik - karan, Blackout - pajah karan

Duit - usin

Kereta - mantuka

Basikal - biskal

Kapal terbang - kapal taabang



Panas - hangat

Sejuk - sajuk

Sekejap - tagal

Cepat - laju

Lama - batah



Bilik mandi - kamaa mandi

Dapur - dapuu

Rumah - umah

Atap - hatap

Tiang - tihang

Cermin - caamin

Tingkap - pinjauan & tabuk



Pagi - sambat

Lewat petang, senja - malamaie @ malam aie



Ayam - hayam

Kucing - ucing

Anjing - kuyuk

Monyet - ambuk

Ikan - lauk

Lembu - sapi



Contoh Ayat



Kan ke mana kau? = awak nak ke mana?



Batah sudah ku nda tajumpa = dah lama saya tak jumpa



Apa habaa mu ? = awak apa khabar?



Luan jua bida nya kuih ani = Punyalah tak cantik kuih ni



Tapi walaupun bida, nyaman nyamu tu = tapi walaupun tak cantik, sedap tau tak



Bah, laju tah = ok, cepat lah



Ani baapa sabigi? = ni berapa sebiji?



Tiga bigi sainggit = tiga biji seringgit



Tahu kamu mana aah nya umah si Ali? = kamu tau tak kat mana rumah Ali?



Makan sudah kau? = awak dah makan?



Balum, kakal kanyang paut ni. = Belum, perut ni masih kenyang.



Haga tah tidu, ahi sudah ni = pergi lah tidur, dah lewat ni.



Jangan luan inga, aku kan tidu ni = jangan terlampau bising, aku nak tidur ni



Pintu sudah kau kabat? kaang masuk pancuie = Awak dah tutup pintu? nanti pencuri masuk.



Pukul baapa kau minta kajuti isuk ? = jam berapa awak nak minta kejutkan esok?



Kan ke kadai kah kau? = awak nak ke bandar ke?



Awu. Apa yang kau minta balikan? = ya. awak nak minta belikan apa?



Balikan ku reload Celcom 10 inggit. Masuk taus ah. = Belikan saya reload Celcom 10 ringgit. Masuk terus k.



Bah. Usin nya mana? aku ni kapih sudah ni. = Ok. Duitnya mana? aku dah kering dah ni.



Kaang ku baakan aah mu. = nanti saya bagi kat awak



Bila kau mulih ke Labuan? = Bila awak balik ke Labuan?



Kalamaie patang naik Air Asia = Petang kelmarin naik Air Asia.



Amai jelama kah ? = ramai orang ke?



Nda jua amai banaa. Sadang-sadang. = Tak jugak ramai sangat. Sederhana.



Bainut tah ku dulu ah. Sanang-sanang datang tah saja ke umah = saya minta diri dulu yer. Senang-senang datang la ke rumah.

Bah. Usai-usai bajalan tu. = ok, baik-baik jalan tu























6 comments:

epul said...

Takkan Kedayan hilang di dunia..hehehe

Mr. Inersia said...

memartabatkan dialek kedayan pada diri individu yang bergelar kedayan..

Rezz said...

Awu banaa.. hidup kedayan (^_^)

Mr. Inersia said...

ko pun komen jgk ka penulis,,...

Rezz said...

adalah menjadi kelaziman penulis untuk memberi respon kepada komen yang dihantar di laman ini

Unknown said...

Siuk banar mun amai yang minat dialek kedayan ani