Friday 11 July 2008

Jangan biarkan 16 September berlalu tanpa dikenang

Ni artikel pertama ku yg tersiar di Utusan Malaysia... Disiarkan pada 19 September 2006


Jangan biarkan 16 September berlalu tanpa dikenang

SAYA menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa 16 September wajar dijadikan hari cuti umum di Labuan, Sabah dan Sarawak bagi mengenang hari penubuhan Malaysia.

Pada masa kini, Hari Malaysia pada 16 September kurang disedari oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Ini terjadi kerana kita lebih mengingati tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Tambahan pula tiada program sambutan secara besar-besaran yang dianjurkan di seluruh negara pada tarikh tersebut. Maka hari bersejarah ini berlalu tanpa perbezaan dengan hari-hari biasa.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pula hanya diadakan di negeri yang menjadi tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Liputan yang diberikan oleh pihak media juga kurang meluas.

Senario ini jelas membuktikan betapa kita tidak menghargai tarikh bersejarah 16 September 1963.

Kita seolah olah mendiskriminasi tarikh 16 September berbanding tarikh 31 Ogos sedangkan kedua-dua tarikh tersebut sama penting dalam lipatan sejarah negara.

Oleh itu kerajaan wajar mengangkat Hari Malaysia setaraf dengan tarikh 31 Ogos agar tarikh terbentuknya negara kita yang tercinta ini lebih dihayati, dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat.

– MOHD REZZS,

Fakulti Undang-undang,

UiTM Shah Alam.

Sila rujuk pada link di bawah..

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0919&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_05.htm&arc=hive

No comments: